sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D Princess! ![]() Credits!
| cinta itu datang dan pergi. kata orang manusia akan selalu mengingati cinta petama mereka...mungkin betul!! tapi sejujurnya aku masih ingat si dia tapi...perasaanku bukan macam dulu lagi. terlajak perahu boleh di undur terlajak kata...mmmm...trime jolah. lagi 1 peribahasa memang sesuai dengan aku..kerana mulut badan binasa..macam sekaranglah..kalaulah aku bisa mengundurkan beberapa langkahku pasti semua ini takkan berlaku. tapi ini semua takdir tuhan. aku tak layak nak mempersoalkannya. hatiku yang kosong ini akan ku isikan dengan kehadiran teman2 baruku. biarlah..fantasi yang ada dalam otak aku nie hanya aku dan tuhan yang mengetahui. buat temanku ayin..benar kata kamu. aku perlu kuat untuk mencari cinta. namun kamu juga perlu tahu adakah ianya yang terbaik? mungkin hatiku bukan pada si dia yang aku dampingi kini..pada si comel...ianya terlalu awalkan untuk aku menyatakan bahawa dia cinta hatu ku..jika benar apa yang kamu ucapkan...seperti yang aku cakap sebelum ini aku akan terimanya dengan senyuman cukup bahagia. namun jika ternyata aku BERTEPUK SEBELAH TANGAN???? bagaimana? kamu ada jawapan untuk itu? aku baru bangun dari kejatuhanku..n aku masih terlalu lemah untuk aku berjuang. izinkan aku membina sebuah pertahanan yang kukuh sebelum aku melangkah lagi. biarkan diriku yang hipokrit ini melindungi diriku yang sebenar sementara ada insan yang mampu membuka pintu hatiku n melembutkan hatiku yang sedia ada kerasnya. buat si comel terima kasih kerana dirimu mampu meruntuhkan penyamaran ku selama ini....mungkin apa yang aku rasa ini hanya mainan perasaan. jika benar mungkin lebih baik kamu tidak mengetahuinya kerna kamu mungkin akan kesakitan.. |