sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D Princess! ![]() Credits!
| beribadah sambil mengimbau kenangan lama assalamualaikum... heyhey...untuk semua umat islam seantero dunia..*almaklum lah...islam bukan takat di Malaysia je kan?* alhamdulillah...selamat sudah kita menjalani ibadah puasa untuk hari pertama semalam.... hari nie hari ke dua...haaa...jangan ade yang puasa yangyok ye!!! 10 pagi buka tudung periuk...hahahha semalam..ekin sekeluarga berbuka ala kadar... yela Rasulullah pun mengajar kita untuk bersederhana kan... so..asalkan kenyang sudah lah...alhamdulillah...konsep tu mampu di terapkan... cuma semalam adik tak dapat join...sebab ade kelas malam...ade sikit sedih di situ *sobssobs T_T* sebab adik jarang buka sendiri...yang selalu ekin... yela saya kan sibuk *bak kata kawan-kawan dah macam PM* tak pelah..biarkan dia belajar berdikari.... semalam terawikh pertama...alhamdulillah..ekin dapat pergi...sebab sehari sebelum tu surau tak buka... yela..tak ada siapa yang nak meramaikan jemaah.... kali terakhir ekin pergi minggu lepas...imam, jemaah lelaki seorang & ekin...sedih tak sedih... semua anak muda && penduduk kampung sibuk berjemaah di masjid baru... tapi surau terdekat tak nak meramaikan...masyaallah.... mula-mula ekin datang surau semalam...suasana macam hari tu..lengang... tapi 5 minit lepas tu...seorang lagi datang...lepas tu seorang lagi....mungkin tak cukup 40 orang..tapi bagi ekin cukup banyak untuk mengaminkan bacaan imam... anak-anak kecil pun datang...bab mengaminkan bacaan al-fatihah...berdengung surau dengan suara mereka...mungkin mereka tak berapa faham lagi..tapi cukup menghiburkan... hahahha..teringat zaman kecik-kecik dulu... kalau ramadhan...surau memang penuh...kami yang kecik-kecik masa tu pun tak tertinggal... punya lah semangat nak berjemaah..sebab nenek yang ajar kami mengaji tu ugut kami suruh datang surau... kejam tak kejam...hahahah tapi bagus juga..kalau tak kami liat nak meramaikan jemaah... lepas terawikh...sibuk pula dengan moreh... wah...setiap malam surau tu meriah bagaikan ade majlis....hahahha pernah lihat aksi-aksi macam ni...tak pun pernah buat?? hahah..jujur...ekin mengaku..dulu masa kecil...macam nie lah gelagat ekin...nak buat macam mana... dah nenek tu suruh pergi...kita pergi lah kan...heheheh tapi sekarang tak...seboleh mungkin khusyukkan pada solat... kenapa ekin cakap seboleh mungkin?? sebab definisi khusyuk tu hanya Allah yang tahu..adakah kita benar-benar khusyuk dalam solat....subhanallah... rasanya..semalam pak imam buat 8 rakaat kot solat terawikh... tak sedar...ikut je...heheheh
nie ade sikit panduan mengenai solat tarawikh...
andai ade tersalah info harap d maafkan..sila sila lah bantu untuk membetulkan ye...
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:
.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
.
1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ
Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),
.
2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
.
3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
.
4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takaatsur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry
.
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
.
6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah Al Fiil
.
7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
.
8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
.
9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:
.
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah Al Ma’uun
.
.
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
.
12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah Al Kaafiruun
.
.
13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
.
.
14. Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;
.
Doa Solat Tarawih
.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.
.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!
.
اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!
.
.
.
Solat Sunat Witir
.
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:
صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
.
Cara Melaksanakannya
.
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
![]()
.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.
3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
.
4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
.
5. Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.
6. Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
.
7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
8. Boleh dibaca doa-doa berikut:
moga sedikit info nie dapat membantu kita untuk kita sama-sama mempraktikkan...insyaallah
okaylah...nanti kita sambung ye...
moga ramadhan ke dua nie kita dapat laluinya dengan baik..insyaallah...
selamat bersahur && berpuasa...
love u olls!! mmmuaxh!!
assalamualaikum....
|