Ashikin Abd Rahman
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D


Princess!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: siti nor ashikin
Others: ? ? ?


#salamaidiladha

assalamualaikum....
alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk menyambut hari raya aidiladha yang ke 1434...
moga di panjangkan umur untuk berkesempatan menyambutnya lagi tahun hadapan....insyaallah
salam raya aidiladha buat semua...
di sebabkan hari nie adalah hari raya aidiladha....A.K.A raya korban...
ekin nak kongsi sikit pasal raya korban nie...

1.Qurban 
Nama bagi sesuatu yang diqurbankan atau nama bagi ternakan 
yang disembelih pada Hari Raya Adha. Qurban bermaksud 
menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT  
 pada masa-masa tertentu.Ia juga diertikan sebagai ternakan 
an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub 
kepada Allah SWT.

2.Taqarrub 
Perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk 
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah 
satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT 
berdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36.


3. Individu yang hendak melaksanakan qurban 
Individu muslim yang berniat hendak melaksanakan qurban (tidak 
termasuk organisasi, syarikat atau persatuan) 
 
4. Pihak yang hendak menguruskan qurban 
Orang perseorangan atau syarikat atau persatuan yang bersetuju 
untuk mengurus bagi pihak individu yang hendak melaksanakan 
ibadah qurban. 
 
5. Nazar 
Nazar adalah janji kepada Allah SWT. Menurut al-Mawardi, nazar 
ialah iltizam (mewajibkan diri) untuk melakukan qurbah (sesuatu 
yang boleh menghampirkan diri dengan Allah) yang pada asalnya 
tidak wajib di sisi syarak.

6. Qurban Nazar 
Qurban yang diwajibkan ke atas individu yang berazam untuk 
melakukan qurban nazar. Contohnya apabila seseorang menyebut 
“Wajib ke atas diriku berqurban seekor kambing kerana Allah 
SWT”.
 
 
7. Qurban Sunat (tatawu‘) 
Qurban yang dilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira sunat 
kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat menjadikannya wajib.
 
 
8. Sunat Muakkadah 
Sunat yang amat dituntut untuk melakukan ibadah qurban dan 
makruh meninggalkan bagi yang berkemampuan.
 
 
9. Hari Nahar 
 Hari Raya Adha iaitu pada 10 Zulhijjah.
 
 
 10. Hari Tasyrik 
 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

b. Hikmah Ibadah Qurban 
Ia disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT di atas 
segala nikmat-Nya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari 
tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama 
ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun 
 dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping 
memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga 
mereka yang lain. 
 
 
c. Hukum Berqurban 
Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran 
merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah 
al-Saafat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah 
daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah
dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.Menurut pandangan 
jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat 
muakkadah) bagi individu yang berkemampuan.Pandangan ulama 
mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur 
hidup.Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab 
Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. 
Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka 
hukum melaksanakannya adalah wajib. 
 
 
d. Jenis Qurban 
 Qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu qurban nazar (wajib) dan qurban 
sunat. 

jadi..kesimpulannya..ibadah korban nie di haruskan bagi mereka yang mampu...
info nie ekin dapat dari laman sesawang http://www.islam.gov.my
kalau nak lebih detail..untuk faham..boleh rujuk pada link yang ekin paste tue...
kalau ada yang tersalah info harap maaf...