sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D Princess! ![]() Credits!
| salam ma'al hijrah & #mini #pavlova #foodlover assalamualaikum.... salam ma'al hijrah buat semua umat islam... moga tahun baru ini akan membuatkan kita lebih maju...lebih terbuka pemikirannya tanpa melupakan pantang larang agama... perbaiki segala kelemahan...segala kekurangan yang selama ini kita ada samaada sedar atau pun tak sedar disini ekin memohon maaf andai ada terkasar bahasa...terkasar laku.. insyaallah tahun baru nie ekin akan cuba perbaiki diri lagi... mana yang harus ekin fokus kan ekin akan fokus kan...wish me luck... sempena ma'al hijrah nie insyaallah mulai tahun hadapan ekin akan bayar ptptn ekin...hahahha lama sgt brtangguh * padahal baru je graduate* fokus ekin fokus!!! peristiwa ma'al hijrah...peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW bersama beberapa pengikut setianya ke madinah. mulai saat itu islam makin berkembang dan makin kukuh.. betapa tingginya kepercayaan malah keyakinan Baginda terhadap Allah untuk terus melaksanakan perintah yang di beri.. kita manusia..hamba yang naif..lagi daif..apakah kepercayaan malahan keyakinan kita pada Allah tetap?? wallahualam...insyaallah...seboleh mungkin ekin akan perbaiki diri kearah yang lebih baik...dari segi rohani dan jasmani..insyaallah.. sempena ma'al hijrah nie juga ekin buat pavlova...huhu...my fav dessert..lepas nie tak yah susah2 ekin cari pavlova nie...ekin dah buat 3 flavour setakat ni..#strawbery #orange #apple ekin nak kongsikan sikit resepi yang selalu ekin refer.. original receipe.. #pavlova #strawbery bahan-bahan 4 biji putih telur (gred A) 150gm gula kastor 60gm gula aising 10gm tepung jagung 1 sudu kecil cuka makan 1/2 sudu kecil esen strawbery beberapa titik pewarna merah jambu bahan hiasan krim putar secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan) buah-buahan di potong kecil cara-cara 1. pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang ( nak tengok dh cukup kembang ke tak..cuba terbalikkan..kalau tak jatuh makna nya dah okay lah tu) 2. masukkan cuka, esen strawbery , pewarna, dan gula kastor pukul hingga kembang 3. ayak tepung jagung + gula aising dan masukkan dalam adunan. gaul sebati 4. alaskan dulang dengan kertas minyak 5. tuang adunan atas dulang & bentukkan ( ikut suka) 6. bakar pada suhu 120-130 selama 1 jam atau sampai masak 7. sejukkan meringue sepenuhnya. hiaskan dengan krim putar dan buah-buahan (pukul krim putar sehingga kembang) 8. sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam @seelok-eloknya semalaman sebelum dihidangkan resepi ekin...ekin kurangkan penggunaan gula..sebab resepi yang atas nie..ekin cuba memang teramat lah manis..so ekin tak suggest kan pada sesiapa yang ada kencing manis..untuk yang sihat pun tak elok
bahan-bahan 4 biji putih telur (gred A) 150gm gula kastor 10gm tepung jagung 1 sudu kecil cuka makan 1/2 sudu kecil esen strawbery beberapa titik pewarna merah jambu bahan hiasan krim putar secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan) buah-buahan di potong kecil cara-cara 1. pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang ( nak tengok dh cukup kembang ke tak..cuba terbalikkan..kalau tak jatuh makna nya dah okay lah tu) 2. masukkan cuka, esen strawbery , pewarna, dan gula kastor pukul hingga kembang 3. masukkan tepung jagung ynag di ayak dalam adunan. gaul sebati 4. alaskan dulang dengan kertas minyak 5. tuang adunan atas dulang & bentukkan ( ikut suka) 6. bakar pada suhu 120-130 selama 1 jam atau sampai masak 7. sejukkan meringue sepenuhnya. hiaskan dengan krim putar dan buah-buahan (pukul krim putar sehingga kembang) 8. sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam @seelok-eloknya semalaman sebelum dihidangkan resepi nie boleh diubah ikut selera masing-masing...kalau nak buat apple green..tukar je pewarna & perasa boleh dibuat dalam cupcake @ cake biase..yang besor tu.. bagi sesapa yang malas nak buat tapi teringin benor nak rasa pavlova nie...ekin blh tolong buatkan..murah saja...boleh cntact ekin kat 0193195108 bbpin 23A0DDB1 wechat ID ekin5391..insyaallah boleh delivery terus ke rumah... okay lah setakat nie saja perkongsian ekin kali nie..insyaallah..kalau di izinkan ekin share lagi okay... love u olls! assalamualaikum |