sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D Princess! ![]() Credits!
| #beguk assalammualaikum.... ya habibi...~ ya maulana~ hokayyy~ cik akak chumel nie...menyegarkan matanya demi berkongsi sikit ilm...heheheh memandangkan sekarang ekin sedang demam + ulser + beguk = complete package kau....~ ulser && demam tu dah biasa bagi ekin..almaklum saja lah...cik hakak nie busy memanjang... sampaikan rehat tu tak cukup... tapi x pe..demi bulan yang mulia nanti...akan ku free kan diri demi mencari malam yang terindah .#malamlailatulqadar insyaallah berjumpa....doa2 kan ye... ekin nak kongsi sikit info pasal beguk..tau apa itu #BEGUK???
Sekali dalam seumur hidup, anda akan mengalami sakit serta bengkak di belakang telinga hingga dagu. Jika sudah melaluinya, anda adalah orang yang bertuah kerana ia tidak akan menyerang buat kali kedua.
Keadaan ini dipanggil beguk atau parotitis epidemik iaitu penyakit yang disebabkan jangkitan virus RNA Paramyxovirus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga, kebiasaannya membabitkan kelenjar parotid.
Menurut Ketua Unit Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr Hazlee Abdul Hadi, virus penyebab beguk mudah berjangkit melalui percikan titisan air daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.
“Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti. Ia boleh menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar membengkak sehingga 9 hari selepas pembengkakan bermula,” katanya. Beguk adalah penyakit yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia antara lima hingga 14 tahun sebelum era vaksinasi. Sebelum vaksin diperkenalkan pada 1967, beguk adalah penyakit yang biasa dihadapi. Di Amerika Syarikat contohnya, pernah mencatatkan lebih 200,000 kes beguk dalam setahun. Namun selepas vaksin beguk diluluskan untuk kegunaan umum, catatan kes menurun kepada kurang daripada 1,000 kes setahun. “Jangkitan beguk sangat jarang berlaku pada kanak-kanak kecil yang berusia kurang setahun. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu hanya mendapat sekali jangkitan beguk seumur hidup. Sangat jarang jangkitan berulang kerana badan membentuk antibodi terhadap beguk untuk sepanjang hayat dan ia mampu menahan jangkitan kedua,” katanya. Apakah tanda dan gejala beguk? Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti (tempoh inkubasi ataupun pengeraman). Antara gejala umumnya ialah:
Gejala khusus yang ditonjolkan pula membabitkan: Pembengkakan dan sakit pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Ia boleh bertambah bengkak jika berlaku aktiviti mengunyah, menelan dan bercakap. Pengambilan makanan dan minuman yang masam atau berasid akan menggalakkan pengeluaran rembesan air liur daripada kelenjar terbabit hingga meningkatkan rasa sakit. Namun, gejala ini kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya dalam masa 10 hingga 12 hari. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tidak menunjukkan tanda seperti di atas, namun mereka boleh menjangkiti orang lain. Perkara ini boleh berlaku pada satu daripada lima pesakit iaitu kira-kira 20 peratus yang dijangkiti beguk. Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)? Walaupun ramai yang dijangkiti, beguk biasanya akan pulih sepenuhnya, namun ada kalanya parotitis virus ini boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan komplikasi seperti berikut: Ensefalitis (radang otak) Ia sangat jarang terjadi iaitu kira-kira 0.1 peratus tetapi jika mengalaminya boleh menyebabkan berlakunya satu peratus kematian. Meningitis (radang lapisan otak membabitkan 10 peratus daripada keseluruhan pesakit) Ia berlaku pada hari kedua hingga 10 jangkitan dan gejala ringan radang lapisan otak ini dapat dilihat selama tiga hingga lima hari. Biasanya tidak menyebabkan komplikasi radang lapisan otak yang teruk. Pankreatitis (radang pankreas membabitkan empat peratus pesakit) Komplikasi ini yang jarang berlaku dan kebiasaannya tidak menyebabkan komplikasi yang teruk. Orkitis (radang testis) Masalah ini berlaku pada lelaki dewasa (15 peratus hingga 25 peratus) yang membabitkan sebelah testis saja. Ia jarang berlaku dan hanya sebilangan kecil boleh menjadi mandul. Ooforitis (radang ovari membabitkan lima peratus pesakit beguk) Keadaan ini berlaku pada perempuan dewasa menyebabkan abdomen bahagian bawah membengkak dan sakit. Hilang pendengaran sementara jenis sensorineural (akibat kerosakan saraf) Ia boleh membabitkan sebelah atau kedua-dua telinga (berlaku pada lima peratus pesakit mengalami beguk). Namun, hilang pendengaran kekal sangat jarang berlaku iaitu dalam anggaran satu bagi setiap 20,000 pesakit (0.005 peratus) saja. Dr Hazlee berkata, kanak-kanak biasanya sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan susulan berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, kadar komplikasi boleh meningkat seiring pertambahan usia si penghidap. Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa lelaki, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis dan menyebabkan sebilangan kecil daripada pesakit ini boleh menjadi mandul. Jangkitan beguk juga boleh membabitkan otak dan selaput otak. Oleh itu, dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor jika orang dijangkiti mengalami ketegangan leher, sawan, rasa mual dan sakit kepala yang keterlaluan atau tidak sedarkan diri. Di samping itu, perhatikan juga sama ada orang dijangkiti ada mengalami sakit perut kerana ia mungkin menunjukkan jangkitan berlaku di pankreas atau ovari bagi pesakit perempuan. Selain itu, katanya, beberapa kajian terdahulu menyatakan beguk boleh mengakibatkan sehingga 25 peratus risiko keguguran bagi ibu hamil dalam trimester pertama. Namun, hasil kajian terkini menunjukkan keputusan sebaliknya iaitu ibu yang menghidap beguk ketika hamil tidak mempunyai risiko mengalami keguguran, begitu juga risiko melahirkan bayi cacat. Cara ia dikenal pasti Biasanya secara klinikal iaitu melihat kepada gejala dialami. Tetapi ia juga boleh dipastikan melalui ujian darah dengan mengesan kehadiran antibodi IgM pada fasa akut yang kemudiannya diikuti antibodi IgG untuk penyakit beguk ini. Virus penyakit ini juga boleh dikultur daripada spesimen yang dikesat daripada dalam mulut (buccal mucosa) atau sampel air kencing. Bagaimanakah ia dirawat Oleh kerana beguk disebabkan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk membunuh virus itu, namun gejala dialami boleh dilegakan menggunakan:
Individu yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar air liur) atau sehingga bengkak terbabit hilang. Mitos Tiada penyelidikan saintifik dilakukan untuk mengesahkan keberkesanan mengubati penyakit beguk dengan sapuan garam, gula dan nila pada kelenjar yang bengkak. Namun, kaedah berkenaan mungkin menyejukkan dan kerana itu memberikan sedikit rasa lega pada pesakit. Bolehkah ia dicegah? Beguk boleh dicegah menggunakan vaksin. Vaksin beguk diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur tujuh tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella atau beguk, campak dan rubela). Ia sangat berkesan untuk mencegah beguk malah 95 peratus penerima vaksin membentuk antibodi dan dengan itu mampu menghalang jangkitan beguk. Menurut Dr Hazlee, beguk berbeza daripada penyakit goiter iaitu pembengkakan di leher akibat masalah kelenjar tiroid kerana ia terjadi apabila kelenjar ini membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan. Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin. Tanpa iodin secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan tubuh. Pada 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang dicampurkan iodin diperkenalkan di Amerika Syarikat. Elak penyakit daripada merebak Antara ketidakselesaan yang dihadapi apabila mengalami beguk ialah rasa malu untuk keluar rumah kerana wajah kelihatan gemuk sebelah. Sebenarnya ketika wajah nampak pelik inilah, anda perlu berada di rumah dan berehat supaya tidak menyebarkan virus penyebab beguk kepada orang lain khususnya kanak-kanak kecil dan orang tua. Serangan virus penyebab beguk biasanya akan turut menyebabkan seseorang itu demam, sakit kepala, sukar mengunyah dan menelan makanan sehingga mengakibatkan pesakit hilang selera makan yang biasanya timbul dalam tempoh 12 hingga 25 hari selepas dijangkiti. Selain pengambilan ubat, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan dan membantu badan melawan serangan virus penyebab beguk iaitu:
hokayyy~ itu serba sedikit pasal #beguk...
nasib ekin kene nie yang peringkat awal lagi...jangan sampai yang macam dulu dah lah...
siap kene ugut dengan doktor lagi sebab payah bebenor nak makan ubatnya...
bestnya...doktor ugut ape tau tak??~
"kalau tak nak mati muda jangan lupa makan ubat..abih ubat tu nanti datang balik jumpa saya..nak tangok bengkak tu suruh ke tak"
haaa~ kau nampak tak betapa manisnya ayat doktor tu...hadoiii sedih teman...
so kita tengok dua tiga hari lagi...surut ke idok bengkak nie...
kalau tak...hadehhh~ nampaknya ngadap lagi la doktor tu...
okay lah u olls...nak berangkat beradu dulu ye...selamat malam...
#assalammualaikum
XoXoXo~
|