Ashikin Abd Rahman
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D


Princess!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: siti nor ashikin
Others: ? ? ?


Sunnah-sunnah Rasulullah SAW ketika bangun dari tidur

assalammualaikum....
hari nie ekin nak sharing  is caring sikit kat hampa semua na....

Sunnah-sunnah Rasulullah SAW ketika bangun dari tidur


  • Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan : 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan , sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W: "Rasulullah S.A.W bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya"

  • Membaca doa bangun tidur iaitu : 
"Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNaya kami akan dibangkitkan"


  • Bersugi : 
" Rasulullah S.A.W apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."

Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecerdasan tubuh badan  serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan. 



senangkan nak amalkan...mudah-mudahan dapat beri kita bekalan sampingan buat hari yang pasti..jangan lupa hampa semua selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


nanti ekin share-share lagi ye kalau ade kelapangan...Assalammualaikum WBT...Annyeong!!!!