Ashikin Abd Rahman
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog.enjoy while you reading...thank you so much..love u olls!! :D


Princess!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: siti nor ashikin
Others: ? ? ?


Neraka Dunia...

Assalammualaikum...
happy weekends u olls! *yup dh weekend sbb dah pukul 12.00a.m*
hahha...selamat pagi dunia...&&& selamat malam dunia...
okay..try to share something before sleep..
tadi tengok cerita telemovie "Neraka Dunia" kat Tv3...
lakonan...Fatiha, Fahrin Ahmad, Ilya...(so sorry kalau nama tak betu..hehe)
well this movie teach me something...
sesungguhnya kehidupan di dunia tu Allah ciptakan dengan indah...Namun lagi indah jika mempergunakannya dengan lebih mengagumi ciptaanNya...
disebabkan ekin penah terbaca kisah nie dalam Al-Quran (lebih kurang sama)
mengisahkan bagaimana Allah cuba menerangkan pada kita bahawa kehidupan di dunia ni bukanlah yang abadi...berbanding kehidupan di hari pengakhiran nanti..so ekin try carik balik dalam Al-Quran..
dalam surah Al-kahf ayat 32-46

A032
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
(Al-Kahfi 18:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A033
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
(Al-Kahfi 18:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A034
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
(Al-Kahfi 18:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A035
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A036
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
(Al-Kahfi 18:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A037
berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
(Al-Kahfi 18:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A038
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
(Al-Kahfi 18:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A039
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
(Al-Kahfi 18:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A040
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
(Al-Kahfi 18:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A041
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
(Al-Kahfi 18:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A042
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
(Al-Kahfi 18:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A043
Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
(Al-Kahfi 18:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A044
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
(Al-Kahfi 18:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A045
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Kahfi 18:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A046
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
(Al-Kahfi 18:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

p/s: ekin copy and paste je ayat ni TETAPI SEBELUM COPY AND PASTE EKIN DAH DOUBLE CHECK DALAM AL-QURAN...just in case kalau ade kekeliruan/percanggahan..tapi alhamdulillah..sama dengan dalam Al-Quran..so sesapa nak try lebih memahami Kalamullah dalam zaman yang serba canggih ni boleh search dekat website ni http://www.surah.my/18 ..InsyaAllah banyak dapat membantu kita...


So...simplekan?? Allah berikan kita kemudahan didunia..dalam pelbagai bentuk..tubuh badan yang sihat, keselesaan hidup (mewah), kebahagiaan, jiwa yang tenteram, aman damai...
Allah minta kita jangan Bongkak, Takbur dengan apayang diberi..
jika kita bukan orang yang mewah..Allah berikan kita kesihatan yang baik..so hasil pencarian kita tu kita dapat habiskan demi kelangsungan hidup kita..and dapat bayar zakat...
kalau kita kaya tapi bongkak...takbur..malah sombong dengan mereka disekeliling kita...Astaghfirullahallazim...Allah berikan kita sakit..sakit yang berpanjangan..yang entah bilanya nak sihat..setiap bulan..malah ada yang setiap hari berhabis ratusan ringgit semata-mata merawat penyakit..
walaupun dah diuji dengan berbagai musibah..ada manusia yang masih bongkak dengan kemewahan sementara tu..bersedekah tak mahu..berzakat pun tak mahu....
tapi Allah pun ada cakap..


A025
Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
(Al-An'aam 6:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Astagfirullahalazim...sesungguhnya Allah memiliki semua yang ada dilangit dan di bumi...
semoga kita dihindarkan dari golongan ini...InsyaAllah..

p/s: shari lagi sikit...surah Al-An'am ayat 70.

A070
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
(Al-An'aam 6:70) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


okaylah...semoga kita sama-sama dapat manfaat dari perkongsian ni..InsyaAllah..sebab segala kelebihan datangnya dari Allah...dan kekurangan tu dari kita yang masih dhaif mencari ilmu Allah..kerana dalam surah ni Al-An'Am ayat ke 69 Allah mengatakan bahawa kita bukanlah di pertanggungjawabkan diatas segalan dosa-dosa mereka..namun kita berkewajipan untuk saling mengingati..

A069
Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.

Selamat Malam u olls...Assalammualaikum...Annyeong!!!
jangan lupa sebelum tidur tu 
  1. Baca doa sebelum tidur
  2. baca 3 qul..Al-Ikhlas, Al-falaq, Al-Naas dan sapu keseluruhan anggota badan sebanyak 3 kali
  3. membaca ayat kursi
*sunnah RasululullahSAW...